ULTAN MUHAMMAD AL FATEH sang pahlawan Islam yang dapat merebut Konstatinopel dengan kekuatan jihad dan pasukannya. Mau tahu kehebatannya...... I-Fun simak yuk!
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq:
“…Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlomba-lomba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, banyak misi yang mengalami kegagalan. Di antaranya, 5 misi di zaman Kerajaan Umayyah, 1 misi di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 misi di zaman Kerajaan Turki Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah misi semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi S.A.W yiaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan memimpin sebaik-baik tentara semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah ungkapnya seorang sahabat besar Nabi S.A.W.
Hadis Nabi S.A.W ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan 150,000 orang tentaranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentara-tentaranya sehingga disebut sebagai “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentara” di dalam hadis tersebut
Biografi
Baginda dilahirkan pada 29 Maret 1432 Masehi di Adrianapolis (perbatasan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah dimulai hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenal dengan julukan Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda naik takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung, dan panglima tentara agung yang memimpin sendiri 25 misi peperangan. Baginda meninggal pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda meninggal kerana diracun.
Baginda naik takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung, dan panglima tentara agung yang memimpin sendiri 25 misi peperangan. Baginda meninggal pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda meninggal kerana diracun.
PENDIDIKAN
Baginda mendapatkan pendidikan yang menyeluruh dan terpadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A..
Di dalam ilmu peperangan juga, Baginda dididik tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentara. Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa yaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew.
Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan juga, ayahanda Baginda, Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, sewaktu pergi berkunjung ke Pulau Magnesia. Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jabatan Khalifah. Pada usia semuda ini Baginda telah matang menangani daya tipu musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda senantiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membimbing Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan sorbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa mengikuti beliau bekerja.
Baginda seorang yang senantiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahasia pemerintahan. Baginda sangat mencitai para ulama dan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN KOTA CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji Kota Costantinople setiap malam untuk mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan misi-misi terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan tentaranya untuk membina peralatan perang termodern seperti meriam besar yang bisa menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari digencarkan di tebing sebelah Eropa, kurang lebih 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Baginda mengarahkan tentaranya untuk membina peralatan perang termodern seperti meriam besar yang bisa menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari digencarkan di tebing sebelah Eropa, kurang lebih 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang untuk membakar semangat jihad tenteranya.
Saat menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan diiringi laungan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS KOTA KONSTANTINOPL
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantarkan utusan kepada Raja Byzantine untuk meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung.
Pada 19 April 1453, serangan dimulai. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rusak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Berlayar dengan Kapal di Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui sebagai antara taktik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya menerobos dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar karana tembakan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah S.A.W. dan bersama-sama berdoa kepada Allah S.W.T.
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah mencoba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan merobohkannya dengan lastik besar. Tantangan sengit pihak Byzantin menyebabkan banyak yang syahid. Baginda memerintahkan tentaranya bmundur dan tembakan meriam diteruskan hingga tengah hari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa satupun tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentara Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berkata untuk menaikkan semangat tentaranya,
“Wahai tentaraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Siapa yang mau syahid ikutlah aku!”
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentara Baginda memimpin sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas menancapkan bendera Islam di situ.
Mereka semuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembus barisan pertahanan Byzantine sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan). Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu " yang menang " kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tentaranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau hanya satu kali sila duduk!” Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!” Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri.
Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali.
Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W di dalam Hadisnya itu.
Saidina Abu Ayyub Al-Ansori terlibat di dalam salah sebuah misi peperangan semasa zaman Kerajaan Umayyah telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri.
Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Karena aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan memimpin sebaik-baik tentara semasa mereka membebaskan Constantinople”.
Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi S.A.W. Akhirnya terbuktilah kesahihan hadith nabi tersebut.
0 komentar:
Post a Comment